LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 1 APRIL 2022 |
MASA |
: 2.00 - 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan ICT terutamanya dalam mengenali huruf dan nombor. Kelas ini diadakan bagi tujuan menguji kemahiran kbkk para peserta sekaligus menarik minat para peserta mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PEDi Gedong. Selain itu, menambah pengetahuan peserta dalam pendidikan. Mempromosikan PEDi Gedong serta meningkatkan keahlian yang sedia ada di PEDi Gedong.
Aktiviti
Petugas memberi galakan kepada peserta untuk mempelajari ict yang berkaitan dengan pendidikan seperti belajar huruf dan nombor. Selain dapat meningkatkan pengetahuan ICT para peserta sekaligus menarik minat peserta mengikuti aktiviti yang diadakan di PEDi Gedong. Peserta juga membuat latihan mengikut modul yang sesuai mengikut umur para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.