Laporan Oktober - Advokasi KDB (Tidak Pasti Jangan Kongsi) dan E- Pembelajaran (Kuiz Teka Silang Kata KDB

Tarikh

: 1 Oktober 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 9 orang

 

Tujuan

 

Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak (Tidak Pasti Jangan Kongsi) dan keselamatan melayari internet. Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatan dalam menggunakan internet, jenis maklumat yang perlu di kongsi dan disamping mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang. Peserta di perkenalkan dengan Buli Siber serta diterangkan cara untuk mengelakkan dan mengatasi masalah Buli Siber melalui aktiviti Klik Dengan Bijak oleh petugas. Implementasi KDB dalam E- Pembelajaran membantu peserta memahami dan mengaplikasi pemahaman mereka melalui Kuiz Silang Kata.

 

 

Aktiviti

 

Peserta di dedahkan dengan kepentingan memastikan  maklumat yang dikongsikan adalah benar dan keburukan jika maklumat yang dikongsikan adalah palsu. Peserta juga didedahkan dengan konsep E-Pembelajaran melalui Kuiz Teka Silang Kata dan sesi soal jawab dengan petugas.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & E-PEMBELAJARAN