LAPORAN MAC
TARIKH |
: 3 MAC 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang asas Microsoft Office Word dan mempelajari komponen dalam perisian tersebut. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Para peserta dapat menguasai cara menggunakan papan kekunci dan dapat menaip artikel mengikut format yang betul. Meningkatkan pengetahuan dalam ICT tentang faedah penggunaan komputer.
Aktiviti
Petugas menyediakan modul dan memberi penerangan tentang Microsoft Office Word serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta diuji secara individu menaip dengan latihan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Hasil kerja yang telah siap akan dinilai oleh petugas PEDi Gedong.