LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 6 APRIL 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta menggunakan internet secara berhemah melalui youtube. Para peserta mempelajari cara mengenal huruf, mengenali suku kata dalam Bahasa Inggeris, dan peserta dapat mengikut nyanyian video tentang pembelajaran melalui visual. Menarik minat peserta berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital sekaligus meningkatkan pengetahuan ICT para peserta.
Aktiviti
Petugas menyediakan modul dan memberi penerangan tentang pembelajaran secara atas talian menggunakan Youtube serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta diuji secara individu membuat latihan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Hasil kerja yang telah siap akan dinilai oleh petugas PEDi Gedong.