Laporan Oktober - Advokasi KDB (Check Your Label) dan Multimedia (Pengenalan Paint & Logo)
Tarikh |
: 5 Oktober 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Mendedahkan kepentingan label pada alat elektronik melalui advokasi KDB: Check Your Label untuk memastikan keselamatan dan kualiti alat elektronik. Memperkenalkan aplikasi Multimedia: Paint dan pembuatan logo disamping mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang. Peserta didedahkan tentang kepentingan label dalam alat komunikasi serta simbol label yang digunakan melalui Advokasi KDB Check Your Label. Selain itu, peserta juga di paparkan video sokongan serta diperkenalkan dengan laman untuk menyemak label yang terdapat pada alat komunikasi. Peserta juga diperkenalkan dengan Multimedia Paint serta tools yang terdapat di dalam nya dan diajar untuk memasukkan bentuk ke dalam 'sheet' Paint.
Aktiviti
Peserta di dedahkan dengan kepentingan label pada setiap alat komunikasi elektronik untuk keselamatan pengguna. Peserta juga dipaparkan video mengenai label dan kepentingannya untuk meningkatkan pemahaman peserta. Selain itu, peserta turut diperkenalkan dengan aplikasi Multimedia: Paint dan aktiviti pembuatan logo menggunakan Paint. Sesi soal jawab dengan petugas PI Kg Gedong.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MULTIMEDIA