LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 9 DISEMBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN WANITA |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran keusahawanan para peserta terutamanya dalam membuat Sushi. Mempelajari cara membuat penyediaan asas bahan untuk membuat sushi dan cara menghasilkan sushi yang lebih sedap dan menarik. Mengajar peserta untuk memulakan perniagaan sekiranya berminat untuk membuat jualan sushi. Menarik minat peserta dan menambah keahlian PEDi Gedong.
Aktiviti
Petugas membuat demo penyediaan sushi. Nota ringkas resepi membuat sushi disediakan bagi rujukan para peserta. Peserta mendengar dengan teliti cara membuat sushi. Petugas melatih peserta secara individu membuat sushi dengan menggunakan peralatan dan bahan yang disediakan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.