Laporan Oktober - Advokasi KDB dan Dashboard Komuniti

Tarikh

: 15 Oktober 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 119 orang

 

Tujuan

 

Sebagai salah satu aktiviti untuk mempromosi Pusat Internet Kg Gedong kepada komuniti setempat. Memberi kesedaran kepada peserta melalui aktiviti Advokasi Klik Dengan Bijak, jenis-jenis jenayah siber dan cara mengatasi jenayah siber dan aduan. Seterusnya, aktiviti ini diadakan untuk memperkenalkan peserta kepada Dashboard Komuniti serta kegunaannya. Untuk menambah ahli PI Kampung Gedong.

 

 

Aktiviti

 

Peserta mendaftar sebelum aktiviti dimulakan. Peserta di perkenalkan dengan Pusat Internet Kg Gedong serta para petugas. Aktiviti diteruskan dengan Advokasi KDB, jenayah siber serta langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. Seterusnya, peserta diperkenalkan dengan Dashboard Komuniti serta kegunaannya dalam komuniti. Aktiviti diteruskan dengan aktiviti sesi soal jawab dimana peserta diberikan peluang untuk bertanya soalan sebelum kuiz dijalankan. Akhir sekali, para peserta yang berminat untuk menjadi ahli PI mendaftar menjadi dan mempromosikan aktiviti PI pada masa akan datang.

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & DASHBOARD KOMUNITI