LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 11 DAN 12 DISEMBER 2023 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta dan meningkatkan kemahiran komputer peserta. Peserta mempelajari komponen komputer serta pengenalan lama web. Peserta mempelajari cara menggunakan papan kekunci dan menaip. Peserta mempelajari cara menggunakan tetikus. Peserta mendapat bimbingan daripada petugas dan guru yang membimbing peserta cara menggunakan komputer. Menambah keahlian PEDi Gedong dan dapat berkolaborasi bersama SK Sebanban.
Aktiviti
Petugas membuat penerangan kepada peserta tentang cara menggunakan komputer dan cara penjagaan komputer yang betul. Peserta mendengar penerangan daripada petugas dan mengikuti arahan yang diberikan. Peserta menjawab soalan secara atas talian secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan dan menarik minat peserta berkunjung ke PEDi Gedong.