Laporan Oktober - Advokasi KDB (Etika), Dashboard Komuniti (MyShop), & Latihan Keusahawanan (Pemasaran Dalam Talian)

Tarikh

: 22 Oktober 2018

Masa

: 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan 

 

Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatan dalam menggunakan internet. Menjalankan aktiviti seperti video showing berkaitan Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Memberi pendedahan tentang asas  media baru. Advokasi KDB ini bagus untuk mendisiplinkan para peserta di samping mengelak peserta terjerumus ke dalam jenayah siber. Selain itu, kelas Keusahawanan Modul My Shop juga di ajar kepada para peserta.

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Seterusnya peserta akan di dedahkan dengan cara penggunaan internet dengan selamat dan pemasaran secara atas talian. Peserta diberi pendedahan asas media baru untuk pengetahuan peserta. Sesi soal jawab di antara peserta dan Petugas juga turut diadakan. Video Showing diadakan untuk pelajar. 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, DASHBOARD (MY SHOP) & KEUSAHAWANAN