Laporan November - Advokasi KDB (Teknologi Dalam Kehidupan) & Latihan Microsoft Office Word
Tarikh |
: 3 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 13 orang |
Tujuan
Para peserta diberikan latihan menaip teks untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut. Menguji ketangkasan mereka menaip. Selain itu, mendidik peserta mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office Word. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di Pusat Internet Kampung Gedong. Memberi pendedahan terhadap kewujudan Pusat Internet Kampung Gedong. Menambah keahlian Pusat Internet Kampung Gedong sedia ada. Menambah pengetahuan menggunakan internet dan mengetahui kebaikan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Selain itu, menambah pengetahuan peserta dalam mengenali teknologi masa kini serta fungsi.
Aktiviti
Petugas menerangkan apakah fungsi keselamatan teknologi dan cara penggunaan yang betul. Selain itu, petugas menyediakan tayangan video berkaitan salah guna teknologi dan apakah kesan negatif terhadap pengguna tersebut. Petugas menasihati peserta supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan internet mahupun peralatan teknologi masa kini. Di samping itu, aktiviti sampingan para peserta ialah belajar asas Microsoft Office Word dimana para peserta belajar fungsi komponen papan kekunci, cara menukar font serta warna, justify teks, mengubah saiz font dan memasukkan imej ke dalam teks menggunakan online pictures. Peserta juga diajar bagaimana cara membesar dan mengecilkan imej tersebut.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & LATIHAN MICROSOFT OFFICE WORD