Laporan November - Advokasi KDB (Fitnah Siber), Dashboard Komuniti (My Komuniti)

 

Tarikh

: 4 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 7 orang

 

Tujuan 

 

Memberikan pendedahan kepada peserta keburukan buli siber ataupun fitnah siber. Selain itu, untuk memupuk nilai berjaga-jaga dalam berkongsi sesuatu maklumat dengan rakan sebaya. Untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini akan berlaku kepada mangsa buli siber. Seterusnya, mempromosikan Dashboard Komuniti (My Komuniti) kepada para peserta disamping mempromosi Pusat Internet Kg Gedong. Untuk menarik minat para peserta nenggunakan aplikasi dashboard komuniti di mana My Komuniti merupakan medium untuk peserta berhubung atau berkongsi info yang berfaedah.

 

 

Aktiviti

 

Semua peserta mendengar dengan teliti penerangan petugas berkenaan jenayah buli siber. Hukuman ataupun kesalahan yang akan mereka peroleh sekiranya melakukan jenayah tersebut. Ini kerana banyak kesan negatif buli siber terutama akan menyebabkan mangsa buli menjadi trauma dan sebagainya. Jadi, para peserta mengambil iktibar daripada penerangan petugas berkenaan buli siber supaya lebih berhati-hati. Peserta ditayangkan video mengenai Buli Siber melalui Advokasi KDB. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan. Aktiviti sampingan para peserta iaitu membuat pengumuman dalam My Komuniti juga turut diadakan.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & DASHBOARD (MY KOMUNITI)