Laporan November - Advokasi KDB (Cyberbullying: Let's Fight It Together), Microsoft Word (Smart Art: Membina Carta Organisasi)
Tarikh |
: 5 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan kefahaman dalam Microsoft Office Word. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta boleh menghasilkan carta organisasi yang menarik. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Word bagi menghasilkan carta organisasi yang menarik. Selain itu, para peserta menyaksikan tayangan video dan penerangan daripada petugas berkenaan buli siber terhadap pelajar sekolah.
Aktiviti
Peserta membuka Microsoft Word dan petugas mengarahkan peserta membina rajah menerusi arahan Insert(SmartArt) dan memilih Hierarchy(Organization Chart). Rajah carta organisasi akan dipaparkan. Peserta boleh menambah kotak-kotak organisasi menggunakan Insert Shape, SmartArt Styles, dan menukar warna kotak tersebut(Change Colors). Peserta juga menukar font menggunakan Word Art bagi tajuk utama supaya nampak lebih cantik. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MICROSOFT WORD