Laporan November - Advokasi KDB (Pengawasan Ibu Bapa Di Internet) & Latihan Menaip (Membuat Risalah)
Tarikh |
: 6 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Membangunkan kemahiran pemprosesan kata dalam membuat risalah dan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office Word. Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan dapat membantu para peserta. Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Word di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word serta diterangkan fungsi Microsoft Word. Peserta dipandu cara untu menggunakan Microsoft Word seperti ‘save document’, menukar fon, mengedit teks, dan menggunakan Drop Cap. Kelas ini dapat menambah pengetahuan ict peserta sekaligus peserta dapat mencipta sesuatu risalah yang menarik dalam pembelajaran Kelas Microsoft Office.
Aktiviti
Peserta membuka perisian pemprosesan kata dan buka dokumen baru dalam Microsoft Word. Petugas menerangkan langkah-langkah membuat risalah dan diikuti para peserta. Peserta membuat risalah dan menambah page border dan drop cap bagi mencantikkan lagi risalah yang dibuat. Peserta juga menonton tayangan klik dengan bijak dan slaid berkenaan pengawasan ibu-bapa di internet. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan. Peserta mendengar penerangan daripada petugas berkenaan peranan mereka sebagai pengguna internet dan apakah tanggungjawab ibu-bapa dalam memastikan anak-anak melayari internet secara berhemah.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & LATIHAN MENAIP