Laporan November - Advokasi KDB (Love Scam) & Promosi (Pertandingan Mewarna: Computer Coloring Pages)
Tarikh |
: 9 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 12 orang |
Tujuan
Petugas menyediakan tayangan video yang bermanfaat untuk para peserta memahami keselamatan ketika melayari internet dan bagaimana untuk mengelak diri daripada terjebat dalam jerat cinta internet "Love Scam". Sesi soal jawab dengan petugas berkenaan video yang ditayangkan juga turut dijalankan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang penggunaan internet yang betul. Aktiviti sampingan pertandingan mewarna turut diadakan bagi menguji kemahiran mewarna para peserta.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan tentang klik dengan bijak dimana ia adalah program kesedaran ke atas pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, petugas menyiarkan tayangan video klik dengan bijak dan contoh video yang bermanfaat untuk menjadi contoh kepada mereka supaya dapat berfikir yang mana baik dan buruk patut diikuti apabila melayari internet. Para peserta mempraktikkan apa yang diajar petugas supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan internet supaya tidak terjebak ke dalam aktiviti yang tidak berfaedah.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & PERTANDINGAN MEWARNA