Laporan November - Advokasi KDB,Check Your Label (CYL): Peralatan Komunikasi, Latihan Keusahawanan (Suntingan Imej: Menyimpan dan Mengedit Gambar Produk menggunakan PicsArt) & Dashboard Komuniti (Upload Produk Dalam My Shop)
Tarikh |
: 11 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi dashboard iaitu ruangan MyShop menyediakan platform untuk mengiklankan produk usahawan tempatan dan memasarkan produk mereka kepada komuniti setempat. Selain itu, mengajar peserta asas keusahawanan dan kemahiran keusahawanan seperti belajar mengedit produk dan mengambil gambar produk. Mendidik peserta pentingnya menyemak peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan telah diperakukan mengikut standard yang ditetapkan.
Aktiviti
Para peserta diminta membuka laman web dashboard dan petugas menerangkan berkenaan aplikasi My Shop. Mereka diminta memasukkan maklumat berkenaan produk seperti harga, nombor telefon serta alamat untuk memudahkan pembeli mendapatkan maklumat berkenaan produk yang mereka berkenan. Setelah memasukkan maklumat, mereka memasukkan gambar produk mereka. Melalui aplikasi My Shop mereka dapat mengiklankan produk mereka. Selain itu, petugas memberi penerangan berkenaan Advokasi KDB berkenaan CYL (Semak Label Anda) supaya peserta mengetahui ciri keselamatan membeli produk.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, KEUSAHAWANAN & MY SHOP (DK)