Laporan November - Advokasi KDB (Penipuan Online) & Dashboard (Upload Produk Dalam My Shop)

 

Tarikh

: 26 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 3 orang

 

Tujuan

 

Kelas ini bertujuan melatih golongan peserta terutama usahawan yang berniaga di Kampung Gedong menggunakan laman dashboard komuniti dan memberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk mempromosikan produk mereka secara atas talian melalui contoh produk makanan basah. Menambah kemahiran peserta dalam kemahiran keusahawanan mempromosi perniagaan. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dengan mengadakan latihan dashboard komuniti serta promosi produk di atas talian (My Shop).

 

 

Aktiviti

 

Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti supaya mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI. Petugas memberi penerangan kepada para peserta sehingga peserta faham. Setelah mahir menggunakan laman dashboard komuniti, peserta diberi pendedahan bagaimana untuk upload produk dalam My Shop, cara mengambil gambar produk, serta mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial. Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan dan asas keusahawanan.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MY SHOP (DASHBOARD KOMUNITI)