Laporan Disember – Advokasi KDB (Merisik) & Latihan Keusahawanan (Pemasaran Dalam Talian: Pengenalan Kepada Shopee)
Tarikh |
: 2 Disember 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Melatih peserta menggunakan laman web perniagaan secara online iaitu shopee. Mendidik para peserta yang berniaga secara kecil-kecilan untuk membuat promosi secara atas talian seperti perniagaan produk makanan basah, kecantikan dan lain-lain. Membentuk golongan peserta agar kreatif dan inovatif dengan menggunakan kemahiran komputer yang ada dan menggunakan laman web sebagai medium perniagaan untuk menambah pendapatan.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman web shopee dan bagaimana cara membeli atau mempromosi produk mereka supaya produk mereka dapat dipasarkan secara meluas. Setelah mahir menggunakan shopee, peserta diberi pendedahan bagaimana untuk menarik minat pengguna membeli produk mereka. Cara memasukkan maklumat produk dan cara pembelian produk turut diajar kepada para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & LATIHAN KEUSAHAWANAN