Laporan Disember - Advokasi KDB (What is Digital Citizenship?), Dashboard Komuniti (My Komuniti) & Latihan Asas Microsoft Word (Menaip Karangan)

 

Tarikh

: 10 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Peserta mengetahui makna digital dan citizenship. Peserta diberi penerangan mengenai teknologi digital zaman dahulu dan perbandingan dengan zaman sekarang serta peranan komuniti dalam menggunakan peralatan teknologi secara berhemah. Selain itu, peserta mempelajari sejarah teknologi seperti telefon lama yang bertukar menjadi smartphone android dan ios yang lebih canggih pada masa kini. Menambah minat para peserta menerokai dunia ICT. Menambah pengetahuan dan kemahiran menaip serta mempromosi dashboard komuniti kepada peserta.

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan berkenaan klik dengan bijak iaitu warga digital, peranan serta fungsi. Tayangan slaid KDB & video turut diadakan buat para peserta yang mengikuti kelas. Setelah mendengar penerangan daripada petugas berkenaan KDB, peserta diminta membuat pengumuman di dalam My Komuniti (Dashboard Komuniti). Seterusnya, para peserta diterangkan fungsi Microsoft Word, dan komponen yang terdapat dalam software tersebut. Setelah diajar, petugas memberikan latihan menaip kepada para peserta dan mereka mengaplikasi apa yang dipelajari di dalam kelas dengan menyiapkan latihan karangan yang diberi.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & LATIHAN ASAS MICROSOFT WORD