Laporan Disember - Advokasi KDB (Phishing Scam), Dashboard Komuniti (My Komuniti) & Microsoft Power Point (Mencipta Slaid Pembentangan)
Tarikh |
: 11 Disember 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Menambah ahli PI Kampung Gedong dan menarik minat para peserta mengikuti aktiviti dan program yang dianjurkan di Pusat Internet. Selain itu, menambah pengetahuan ICT para peserta dalam mempelajari keselamatan menggunakan internet dan tips keselamatan serta aduan yang boleh dibuat apabila menjadi mangsa scam. Peserta mempelajari Microsoft Power Point serta fungsinya. Meningkat kemahiran dalam Microsoft Office serta penggunaan My Komuniti.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan klik dengan bijak iaitu what is phishing scam? Petugas memberi arahan kepada peserta melayari internet explorer dan mencari makna perkataan tersebut. Mereka diminta memahami dulu, sebelum diberi penerangan sendiri oleh petugas. Seterusnya, peserta membuat pengumuman dalam My Komuniti. Akhir sekali, peserta diberi penerangan berkenaan Microsoft Power Point, cara menambah slaid, menukar font, menyimpan dan menambah gambar dalam slaid, serta menukar design slaid mengikut kreativiti para peserta.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, DASHBOARD KOMUNITI & POWER POINT