Laporan Disember - Advokasi KDB (Cyber Stalking) & Be Internet Awesome (Interland): Tower of Treasure

 

Tarikh

: 4 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 15 orang

 

Tujuan

 

Peserta menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta serta menambah keahlian yang sedia ada. Meningkatkan kesedaran keselamatan penggunaan internet para peserta.

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan berkenaan klik dengan bijak iaitu Cyber Stalking. Peserta diajar bagaimana membuka laman web Interland: Tower of Treasure. Seterusnya peserta mengikut arahan daripada petugas sebelum memulakan permainan tersebut. Permainan ICT tersebut menguji kemahiran berfikir para peserta. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Setelah habis permainan ICT, maka sijil nama peserta yang mengikuti aktiviti tersebut akan dikeluarkan kepada para peserta.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & BE INTERNET AWESOME (INTERLAND)