Laporan Disember – Dashboard (My Soal & My Place), Dashboard Komuniti (Pengumuman Dalam My Komuniti) & Microsoft Publisher (Certificate)
Tarikh |
: 17 Disember 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 13 orang |
Tujuan
Menarik minat para peserta mengikuti program di PI. Memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti kepada para peserta. Melatih peserta menggunakan aplikasi My Soal dan My Place iaitu modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti. Menambah pengetahuan peserta dalam memberi idea/ cadangan dalam My Soal dan mempelajari cara memasukkan maklumat ke dalam My Place. Peserta mempelajari kaedah untuk membuka perisian Microsoft Publisher dan diterangkan fungsi penggunaan Microsoft Publisher. Peserta di ajar cara mula create sesuatu mengikut kategori yang terdapat di dalam microsoft publisher seperti certificate.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan Dashboard Komuniti. Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menggunakan Dashboard Komuniti dan cara login dashboard. Video Dashboard Komuniti turut ditayangkan. Seterusnya tayangan slaid tentang My Soal dan My Place kepada para peserta. Para peserta seterusnya diajar bagaimana membuat aduan dalam My Soal dan bagaimana memasukkan Tempat Menarik ke dalam My Place. Aktiviti seterusnya ialah para peserta belajar Microsoft Publisher membuat sijil. Para peserta diperkenalkan aplikasi Publisher serta fungsinya.
Klik Gambar Di Sini DASHBOARD (MY SOAL, MY PLACE, MY KOMUNITI) & PUBLISHER (CERTIFICATE)