Laporan Disember – Advokasi KDB (Aduan) & E-Pembelajaran (Permainan Pendidikan: Sudoku)

 

Tarikh

: 23 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi tujuan mempromosikan PI Kampung Gedong disamping menambah keahlian yang sedia ada. Selain itu, bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang aduan di mana para peserta boleh membuat aduan kepada pihak berwajib sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada individu tersebut. Bagi aduan yang melibatkan penyalahgunaan internet aduan boleh dibuat dengan pihak SKMM. Di samping itu, aktiviti sampingan iaitu permainan Sudoku menguji minda para peserta dalam permainan pendidikan sekaligus menarik minat peserta berkunjung ke PI Gedong.

 

Aktiviti

 

Petugas memberi ceramah klik dengan bijak seperti yang disyorkan oleh Pihak SKMM. Peserta mendengar penerangan daripada petugas berkenaan aduan dan agensi yang terlibat dalam setiap aduan yang dibuat. Seterusnya, sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Selepas itu, para peserta diberi tunjuk ajar berkenaan permainan pendidikan iaitu Sudoku dimana para peserta diminta menyelesaikan permasalahan dalam permainan tersebut. Di samping itu, petugas akan membantu para peserta yang kurang mahir dalam permainan tersebut.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & E-PEMBELAJARAN