Laporan Januari – Advokasi KDB (Risiko Dalam Talian), Perkakasan Komputer (Asas Penjagaan Komputer) & Posting Pengumuman Dalam My Komuniti

 

Tarikh

: 3 Januari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 7 Orang

 

Tujuan

 

Melatih peserta kemahiran asas penjagaan komputer, mengenali perkakasan komputer. Selain itu, menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam menggunakan komputer sebagai medium pembelajaran. Di samping itu, aktiviti sampingan iaitu klik dengan bijak melatih para peserta tentang penggunaan internet yang betul, tips keselamatan dalam menggunakan internet dan risiko yang akan dihadapi para peserta dalam talian. Di samping itu, aktiviti dashboard menarik minat peserta dalam menggunakan aplikasi dashboard (My Komuniti).

 

 

Aktiviti

 

Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan cara penjagaan komputer yang betul supaya peserta dapat menggunakan komputer lebih cermat dan risiko keselamatan dapat ditingkatkan. Peserta juga mengikuti kelas Advokasi KDB berkenaan risiko dalam talian sepeti yang disyorkan oleh Pihak SKMM. Dengan mengikuti advokasi tersebut, peserta dapat mencegah diri daripada menjadi mangsa jenayah siber. Di samping itu, peserta membuat pengumuman dalam dashboard komuniti modul My Komuniti.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, PERKAKASAN KOMPUTER & DASHBOARD (MY KOMUNITI)