Laporan Januari –Advokasi KDB (Maklumat Palsu), Latihan Keusahawanan (Microsoft Word) & Upload Produk Dalam My Shop & View Produk Setempat

 

Tarikh

: 8 Januari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 5 Orang

 

Tujuan

 

Menambah keahlian PI Kampung Gedong dan menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas yang dianjurkan di PI Kampung Gedong. Selain itu, memberi pendedahan kepada para peserta tentang maklumat-maklumat palsu yang semakin berleluasa di laman sosial dan peserta harus lebih berhati-hati dalam mendapatkan info terkini dan memastikan mereka memperoleh maklumat dari sumber yang betul. Peserta juga dinasihati supaya menyelidik dahulu dan memastikan kesasihan maklumat sebelum mempercayainya. Di samping itu, peserta diberi latihan keusahawanan dan cara mempromosi produk dalam My Shop sebagai medium perniagaan bagi usahawan menambah pendapatan.

 

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan daripada petugas berkenaan maklumat palsu. Peserta diajar klik dengan bijak iaitu bagaimana menggunakan internet secara bijak. Advokasi KDB ini sangat bermanfaat kepada para peserta dalam membezakan maklumat mana yang perlu dipercayai dan mengetahui cara mengelak diri daripada mendapatkan maklumat palsu. Selain itu, para peserta juga mempelajari asas keusahawanan, asas komputer iaitu Microsoft Word dan bagaimana cara menggunakan aplikasi tersebut. Mereka dipandu cara oleh petugas berkenaan Microsoft Word dan juga diperkenalkan My Shop dimana merupakan peluang para peserta untuk mempromosi produk mereka.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, KEUSAHAWANAN & DASHBOARD (MY SHOP)