Laporan Januari – Advokasi KDB (Pengantunan Dalam Talian), Microsoft Office (Microsoft Excel) & Posting Pengumuman Dalam My Komuniti
Tarikh |
: 22 Januari 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 Orang (Pelajar Sekolah Rendah) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi menunjukkan cara login penggunaan Dashboard Komuniti dan menerangkan menu yang terdapat pada Dashboard Komuniti. Mengajar peserta membuat pengumuman dalam My Komuniti. Menjalankan aktiviti seperti video showing berkaitan Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Membantu peserta mengetahui makna Pengantunan Dalam Talian dimana ia boleh dilakukan untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, jenayah, dan sebagainya. Mendidik peserta untuk menjadi penguna internet yang bijak. Peserta juga diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Excel.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan peserta mendengar Ceramah KDB berkenaan (Pengantunan Dalam Talian). Sesi soal jawab antara peserta dan petugas. Selepas itu, peserta membuat aktiviti latihan Microsoft Excel dan diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk menggunakan table, aligment, dan shading. Seterusnya, peserta diminta membuka laman web dashboard. Ia bertujuan memahirkan peserta menggunakan Dashboard Komuniti dan boleh membuat pengumuman dalam My Komuniti.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MICROSOFT EXCEL & DASHBOARD (MY KOMUNITI)