Laporan Januari – Advokasi KDB (Scam), Perkakasan Komputer (Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer) & Dashboard (Pengenalan Dashboard: My Soal bersama PBT)

 

Tarikh

: 24 Januari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 6 Orang (Warga Emas)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi tujuan mempromosikan Pusat Internet Kampung Gedong kepada Pihak PBT dan seterusnya menambah pengetahuan ICT peserta dalam mengenali perkakasan computer serta fungsinya. Selain itu, bagi menambah ahli PI serta mempromosikan program dan aktiviti yang akan diadakan di PI pada masa akan datang. Seterusnya, peserta diperkenalkan Dashboard Komuniti dan Modul (My Soal). Peserta dipandu cara menggunakan My Soal dan diberi ID dan password My Soal yang telah didaftarkan ke atas nama mereka bagi memudahkan mereka meberi respons untuk sebarang aduan atau cadangan yang dikemukakan oleh komuniti. Di samping itu, menambah kesedaran dalam penggunaan internet kepada pengguna.

 

Aktiviti

 

Petugas memulakan kelas dengan sesi pengenalan Pusat Internet serta menyatakan perkhidmatan serta kemudahan yang terdapat di Pusat Internet kepada Pihak PBT. Mereka diajar mengenali computer dan komponen yang terdapat dalam computer. Selain itu, peserta menyaksikan tayangan video KDB & slaid pembentangan yang telah disediakan oleh Petugas Pusat Internet. Petugas memberi penerangan tentang “Scam”. Seterusnya, peserta menonton video Dashboard Komuniti dan Modul My Soal. Petugas memberi penerangan berkenaan tugas PBT dalam mengatasi sebarang permasalahan dan aduan yang diajukan kepada Pihak PBT. Melalui My Soal, pihak PBT akan lebih senang untuk berkomunikasi bersama komuniti bagi isu-isu berkaitan kampung dan sebagainya.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, PERKAKASAN KOMPUTER & MY SOAL