Laporan Januari – Advokasi KDB (Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian), E-Pembelajaran (Menaip Pantas Secara Online) & Dashboard (My Komuniti)

 

Tarikh

: 27 Januari 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi tujuan memberi info dan maklumat berkenaan cara ibu bapa mengawal perilaku anak-anak di internet. Ia juga memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang pornografi, perjudian, ucapan berbau kebencian, serta aplikasi permainan online yang berbayar yang patut dihindari daripada kanak-kanak. Aktiviti menaip pantas secara online menguji ketangkasan menaip para peserta. Peserta juga menjadi mahir menggunakan dashboard My Komuniti serta membuat pengumuman dalam My Komuniti.

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak iaitu Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian. Pentingnya kanak-kanak itu sendiri mengetahui kebaikan dan keburukan penggunaan internet jika tidak diawasi oleh ibu-bapa mereka. Selepas kelas KDB, para peserta diuji kemahiran berfikir dan menaip teks yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan selama 1 minit. Peserta mengulang kembali latihan sehingga memperoleh markan 100% tiada kesalahan ejaan dan ketangkasan. Aktiviti sampingan, adalah Dashboard Komuniti (My Komuniti)

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, E-PEMBELAJARAN & DASHBOARD KOMUNITI