Laporan Januari – Advokasi KDB (Peranan Ibu Bapa), Crossword Puzzle KDB & Latihan Menaip (Microsoft Word)

 

Tarikh

: 28 Januari 2019

Masa

: 8.30 Pagi – 11.30 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi tujuan memupuk pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet yang betul dan peranan ibu bapa dalam melahirkan warga digital yang hebat. Selain itu, bagi mengelak anak-anak terjebak dengan risiko-risiko dalam talian. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari terutama Microsoft Word. Melatih dan menguji minda peserta untuk menjawab soalan melalui kuiz yang diberikan. Meningkatkan kreativiti peserta dan kemahiran berfikir peserta dalam menyiapkan latihan Teka Silang Kata IT. Mempromosikan aktiviti di Pusat Internet yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di Pusat Internet.

 

Aktiviti

 

Peserta diterangkan berkenaan Klik Dengan Bijak. Tayangan video KDB yang disyorkan SKMM dijalankan. Seterusnya, peserta diberikan arahan bagaimana untuk menjawab kuiz dengan cara yang betul secara individu. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.Petugas juga memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Mereka membuat latihan menaip bagi melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta dibantu oleh Petugas sekiranya mengalami kesukaran untuk menggunakan computer.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, CROSSWORD PUZZLE KDB & MICROSOFT WORD