Laporan Februari – Advokasi KDB (Oversharing), Microsoft Word (Latihan Menaip) & Multimedia (Suntingan Imej)
Tarikh |
: 7 Februari 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan
Mendedahkan peserta mengenai Klik Dengan Bijak (KDB). Membantu peserta mengetahui kesan negative sekiranya berkongsi maklumat secara berlebihan di internet. Mendedahkan pelajar mengenai hak dan tanggungjawab ketika melayari internet. Mengetahui kaedah untuk membuka perisian Microsoft Office di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word serta diterangkan fungsi dalam Microsoft Office.
Aktiviti
Para peserta diberi tunjuk ajar dan pengenalan laman web yang digunakan untuk memperoleh maklumat dan seterusnya, mereka diajar bagaimana untuk mencari gambar di internet. Peserta turut diajar cara menyimpan gambar ke dalam fail dan membuat suntingan imej. Peserta diajar cara memasukkan gambar ke dalam Ms Word. Selain itu, para peserta diberi penerangan klik dengan bijak berkenaan berkongsi secara berlebihan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan.