Laporan Februari – Advokasi KDB (Online Grooming), Website (Sosial Media) & Latihan Keusahawanan (Perniagaan Secara Online)

 

Tarikh

: 10 Februari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 8 Orang

 

Tujuan

 

Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam menggunakan computer serta mengetahui fungsi keselamatan yang terdapat dalam komputer. Pengenalan website kepada para peserta. Meningkatkan pengetahuan para peserta dalam menggunakan media sosial dengan cara yang betul. Menambah kemahiran keusahawanan, stategi pemasaran serta cara mempromosi perniagaan secara atas talian. Menambah minat para peserta untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PI Kampung Gedong.

 

 

Aktiviti

 

Peserta diperkenalkan dengan KDB (Online Grooming) melalui slaid pembentangan yang disediakan oleh Petugas PI Kampung Gedong. Seterusnya, para peserta mendengar penerangan daripada petugas dan sesi soal jawab dijalankan. Selain itu, peserta diberi latihan pengenalan berkenaan Website (Laman Sosial) seperti FB, Twitter, Instagram dan sebagainya. Peserta turut diperkenalkan Perniagaan Secara Online. Peserta dipandu cara menggunakan mempromosi produk secara atas talian.

 

 

Gambar Di Sini