Laporan Mac – Advokasi KDB (Etika Penggunaan Internet), Pengenalan Web (SEB cares) & Dashboard (My Soal)

 

Tarikh

: 1 Mac 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 7 Orang

 

Tujuan

Melatih peserta etika penggunaan internet dan ciri keselamatan ketika menggunakan internet. Selain itu, para peserta diperkenalkan dengan laman web SEB cares bagi memudahkan penerimaan dan pembayaran bil elektrik. Menjimatkan masa dan tenaga peserta daripada membayar di kaunter SESCO. Memperkenalkan dashboard komuniti (My Soal) dan memberi tunjuk ajar kepada pihak PBT bagaimana membalas aduan ataupun cadangan daripada komuniti tempatan.

 

Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan Advokasi KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM. Petugas menyediakan tayangan video KDB berkenaan etika penggunaan internet. Peserta menonton tayangan video tersebut. Selain itu, peserta dipandu cara menggunakan laman web dan mendaftar akaun SEB. Peserta juga diajar menggunakan dashboard komuniti dan diberi penerangan mengenai My Soal.

 

Gambar Di Sini