Laporan Mac – Advokasi KDB (Oversharing), E-Pembelajaran (Kuiz Interaktif Online) & Dashboard (My Place)

Tarikh

: 3 Mac 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

Penggunaan internet yang selamat untuk kanak-kanak melalui aktiviti Advokasi KDB. Menguji kefahaman peserta mengenai Advokasi KDB dengan membuat kuiz melalui Crossword Puzzle KDB. Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet secara bijak dan mengelak daripada berkongsi maklumat secara berlebihan. Selain itu, para peserta diuji kemahiran menjawab soalan kuiz secara online dan diperkenalkan dengan Dashboard Komuniti (My Place).

 

Aktiviti

Peserta diajar cara penggunaan internet yang selamat bagi kanak-kanak serta kepentingan tapisan kandungan kepada kanak-kanak. Petugas menerangkan limit perkongsian maklumat di dalam media sosial. Tidak semua perkara atau maklumat perlu dikongsi. Seterusnya para peserta menjawab soalan crossword puzzle online untuk menguji kefahaman mereka mengenai Advokasi KDB. Aktiviti diteruskan dengan pengenalan modul My Place dan promosi aktiviti PI Kg Gedong dari para Petugas.

Gambar Di Sini