Laporan Mac – Advokasi KDB (Check Your Label), Latihan Keusahawanan (Pengenalan Web) & Be Internet Awesome (Interland): Tower of Treasure
Tarikh |
: 4 Mac 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kesedaran keselamatan penggunaan internet para peserta. Memberi pendedahan penggunaan laman web yang sesuai untuk pelajar. Laman web digunakan sebagai sumber pembelajaran. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta serta menambah keahlian yang sedia ada.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan klik dengan bijak iaitu Check Your Label. Peserta diajar bagaimana membuka laman web Interland: Tower of Treasure. Seterusnya peserta mengikut arahan daripada petugas sebelum memulakan permainan tersebut. Permainan ICT tersebut menguji kemahiran berfikir para peserta. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Setelah habis permainan ICT, maka sijil nama peserta yang mengikuti aktiviti tersebut akan dikeluarkan kepada para peserta.