Laporan Mac – Advokasi KDB (Teknologi dan Anda), Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi (Kenali Komputer) & Permainan Pendidikan (Mewarna Online)

Tarikh

: 6 Mac 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 8 Orang

 

Tujuan

Mempertingkatkan kemahiran penggunaan internet dan mengenali perkakasan komputer. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam mewarna secara online. Membentuk pelajar agar kreatif mewarna dengan kemahiran komputer yang ada. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi pengetahuan ICT kepada peserta tentang teknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan tayangan video berkaitan teknologi kepada peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Peserta diberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer dan mengenali komponen yang terdapat dalam komputer. Peserta diberi penerangan bagaimana membuka laman web coloring untuk aktiviti sampingan. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Peserta mewarna mengikut tunjuk ajar daripada petugas dan guru pengiring.

 

Gambar Di Sini