Laporan Mac – E-Pembelajaran (Mewarna Digital), Multimedia (Save Gambar Online) & Pengenalan Web (Youtube)

 

Tarikh

: 8 Mac 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 8 Orang

 

Tujuan

Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui aktiviti mewarna digital. Peserta diuji kemahiran mewarna secara online. Memperkenalkan laman web youtube sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat dan sebagai hiburan pendidikan. Menambah pengetahuan Multimedia para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan Mewarna Digital iaitu www.coloring.pages4u.com . Peserta turut diajar cara untuk mencari image di laman web, dan cara menyimpan gambar daripada web. Seterusnya peserta membuat latihan mewarna secara online mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan laman web youtube dan video pendidikan yang sesuai mengikut kategori mereka yang masih lagi tabika.