Laporan Mac – Advokasi KDB (Scam), Latihan Keusahawanan (Pengenalan Word) & E-Pembelajaran (Mewarna Digital)

 

Tarikh

: 14 Mac 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 7 Orang

 

Tujuan

Memberi pengetahuan tentang Scam dan bagaimana cara untuk mengelak serta menyelesaikan masalah jika terlibat dengan scam. Seterusnya, memberi pendedahan penggunaan Microsoft Word supaya dapat memahirkan diri untuk menukar font, memasukkan gambar dan mengedit teks disamping mempromosikan aktiviti Pusat Internet pada masa akan datang. Melatih kemahiran mewarna para peserta dengan latihan mewarna digital kepada peserta. Menambah keahlian PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan Scam melalui Advokasi KDB serta cara membuat aduan jika terlibat dengan scam. Seterusnya, peserta diberikan latihan Microsoft Word seperti menukar font, memasukkan gambar serta mengedit teks. Peserta dipandu cara membuat peta dengan menggunakan Microsoft Word dan Insert Images daripada web. Akhir sekali, aktiviti sampingan para peserta ialah mewarna digital secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.