Laporan Mac – Pengenalan Web (spa.gov.my), Website (Membuat Akaun Gmail) & Latihan Keusahawanan (Membuat Resume)

 

Tarikh

: 16 Mac 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 5 Orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta cara melayari laman web rasmi kerajaan untuk memohon pekerjaan selepas tamat SPM. Memperkenalkan Microsoft  Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Office Word untuk membuat resume untuk tujuan pencarian pekerjaan. Memperkenalkan Gmail dan membuka akaun gmail para peserta untuk tujuan permohonan kemasukan ke SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).

 

Aktiviti

Peserta diperkenalkan laman web SPA, dipandu cara membuat akaun Gmail bagi tujuan permohonan pekerjaan. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office Word untuk tujuan membuat resume. Para peserta juga mempelajari cara memasukkan gambar mereka ke dalam resume yang telah dibuat. Petugas membimbing peserta membuat resume mengikut format yang betul. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta.

 

Gambar Di Sini