Laporan Mac – Dashboard Komuniti (My Soal), Pengumuman Dalam My Komuniti & Latihan Keusahawanan (Upload Produk Dalam My Shop)

Tarikh

: 22 Mac – 25 Mac 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 40 Orang

 

Tujuan

Mempromosikan Dashboard Komuniti dan PI Kampung Gedong. Melatih peserta menggunakan dashboard komuniti (My Shop). Mendidik para peserta membuat promosi secara atas talian dengan cara upload produk ke dalam My Shop. Meningkatkan kemahiran dalam menggunakan internet dan membuat aduan dalam My Soal kepada Pihak PBT. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta.Memahirkan peserta menggunakan Dashboard Komuniti dan boleh membuat Pengumuman dalam My komuniti. Menerangkan modul dalam Dashboard Komuniti kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti aktiviti yang dianjurkan PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan laman dashboard komuniti dan modul yang terdapat dalam dashboard komuniti seperti My Soal, My Shop & My Komuniti. Petugas membimbing para peserta sehingga mahir. Setelah mahir menggunakan laman dashboard komuniti peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian. Para peserta dipandu cara untuk upload produk ke laman My Shop. Sesi Soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. Peserta memperoleh kemahiran menggunakan dashboard komuniti dan mempelajari asas keusahawanan.