Laporan April – Advokasi KDB (Waspada Dalam Talian), Website (Asas Pembangunan Laman Web: Google) & E-Learning (Science For Kids: Earth)
Tarikh |
: 2 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan peserta menguasai kemahiran, belajar sains dan teknologi setiap hari dalam kehidupan. Selain itu, para peserta dididik supaya lebih berwaspada di atas talian kerana banyak risiko yang bakal diperoleh apabila menjadi mangsa penipuan siber. Peserta mempelajari dan mengenali laman web yang terdapat dalam computer. Di samping itu, melalui aktiviti ini dapat membantu mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi pengenalan web dan KDB. Seterusnya, petugas memberi penerangan konsep Sains dan Teknologi mengenai kepentingan kedua-duanya yang terdapat di dalam Science & Technology Kids.com. Kemudian, peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan secara online di komputer. Setelah siap menyiapkan tugasan, para petugas PI Kg Gedong membuat sesi soal jawab kepada peserta supaya mereka lebih dapat belajar dan memahami konsep sains dan teknologi secara tidak langsung.