Laporan April – Advokasi KDB (Jangan Sebarkan Gosip), Latihan Keusahawanan (Ms Office Power Point & Multimedia (Suntingan Imej)
Tarikh |
: 6 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para peserta. Membimbing mereka secara asas dengan menggunakan computer serta menghasilkan iklan gambar atau gambar produk yang menarik dan sesuai. Selain itu juga, tujuan latihan ini dijalankan supaya peserta mahir menggunakan komputer sebagai asas teknologi dalam pemasaran produk mereka. Selain dapat menimba ilmu akan penggunaan ICT, para peserta dapat mempelajari KDB dan Multimedia.
Aktiviti
Para peserta diajar secara satu persatu bagaimana hendak menyunting gambar untuk kelihatan lebih menarik. Penggunaan Microsoft Power Point dijadikan sebagai langkah asas kepada para peserta untuk menyunting gambar kerana ianya sangat mudah untuk difahami, ringkas dan cepat. Secara keseluruhannya, para peserta faham dan mahir dalam menggunakan Microsoft Power Point. Akhir sekali, para peserta mendengar penerangan KDB daripada Petugas PI Kampung Gedong.