Laporan April – Advokasi KDB (Hacker), Microsoft Office (Excel) & Dasboard Komuniti (My Soal)
Tarikh |
: 8 April 2019 |
Masa |
: 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 12 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pengenalan bagaimana hendak menggunakan aplikasi My Soal dashboard komuniti kepada ahli PI. Disamping itu juga, program ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang kebaikan serta fungsi aplikasi dasbhoard komuniti. Memberi kesedaran kepada ahli PI pentingnya komunikasi media digital dan bagaimana mengelak daripada berlakunya kecurian identiti. Peserta menjadi mahir dalam menggunakan Microsoft Office Excel.
Aktiviti
Petugas memulakan sesi pengenalan tentang apa itu dashboard kepada ahli PI yang terlibat. Kemudian, para peserta diajar tentang modul yang terdapat dalam dashboard komuniti iaitu My Soal. Para peserta membuat aduan kepada pihak PBT Tempatan tentang isu dan permasalahan yang terdapat di dalam komuniti. Peserta dipandu cara menggunakan Microsoft Office Excel, membuat jadual, mengedit font, dan design table supaya nampak lebih kemas dan menarik.