Laporan April – Advokasi KDB (Spy), Pengenalan Web (Gmail) & Latihan Keusahawanan: Upload Produk (My Shop)
Tarikh |
: 9 April 2019 |
Masa |
: 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi pengenalan bagaimana hendak menggunakan aplikasi dashboard komuniti (My Shop) kepada ahli PI. Memberi penerangan tentang kebaikan dan fungsi aplikasi dasbhoard komuniti sekaligus mempromosikan tentang info semasa yang berkaitan dengan Dashboad komuniti PI. Memberi kesedaran kepada ahli PI tentang kepentingan keselamatan menggunakan internet. Memberi pengetahuan tentang Gmail serta fungsi dan cara promosi produk secara online.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan tayangan video KDB tentang ciri keselamatan penggunaan internet dan bagaimana cara mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan. Memberi sesi pengenalan tentang apa itu dashboard kepada ahli PI yang terlibat terutamanya tentang My Shop. Para peserta menerokai modul My Shop, belajar cara upload produk dalam My Shop serta mempelajari cara membuat akaun Gmail. Sesi soal jawab antara peserta dan Petugas PI dijalankan.