Laporan April – Pengenalan Web (Google), Multimedia (Gambar) & Microsoft Office Word (Menaip Teks & Smart Art)

 

Tarikh

: 12 April  2019

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 8 orang

 

Tujuan

Para peserta mempelajari laman web Google dan mempelajari pencarian imej daripada google search. Seterusnya, para peserta mempelajari Microsoft Office Word, membuat latihan menaip. Para pelajar menaip teks karangan yang disediakan dan seterusnya diminta membuat carta organisasi dengan menggunakan Smart Art. Para peserta mempelajari cara menukar font, mengubah saiz tulisan, mewarna tulisan, memasukkan imej objek ke dalam Word. Para peserta dapat meningkatkan pengetahuan ICT sekaligus mengenali laman web di internet.

 

Aktiviti

Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada peserta sebagai rujukan kepada para peserta. Seterusnya, para peserta diberi penerangan bagaimana membuat latihan Microsoft Word yang disediakan. Bermula dengan pengenalan web google, peserta diajar pencarian imej, cara membuat suntingan imej, menyimpan gambar ke dalam folder. Seterusnya, peserta diajar cara membuka Microsoft Office Word dan diajar cara menaip teks yang disediakan. Akhir sekali, peserta memasukkan gambar ke dalam carta organisasi yang telah dibuat. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta.