Laporan April – Advokasi KDB (Stop HOAX) & Microsoft Word (Menaip Rencana)
Tarikh |
: 14 April 2019 |
Masa |
: 9.00 pagi -12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Kelas ICT pada kali ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran tentang Microsoft Office Word khususnya Pelajar PPKI/OKU. Asas kemahiran yang diperkenalkan ini dapat diterapkan dalam penggunaan komputer pada masa kini. Membantu para pelajar menguasai dengan lebih baik penggunaan Microsoft Office Word dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas penggunaan MS Office Word secara mendalam dan terperinci sekaligus dapat membimbing dan membantu mereka sehingga mahir. Memberi pengetahuan keselamatan internet kepada para peserta.
Aktiviti
Para peserta diajar mengenai asas pengenalan Microsoft Office Word secara teori dan praktikal. Secara teori, Para peserta telah di ajar mengenai setiap komponen-komponen yang terdapat dalam MS Word dan mereka perlu memahami setiap komponen dan fungsi tersebut. Para pelajar juga dapat menerokai setiap penggunaan di dalam MIcrosoft Office Word. Seterusnya, secara paraktikal, para pelajar diajar cara-cara membuat rencana. Para peserta diberi penerangan KDB oleh Petugas PI Kampung Gedong tentang HOAX dan kesannya kepada seseorang individu.