Laporan April – Dashboard (My Soal), Pengenalan Web (Youtube) & Movie Day
Tarikh |
: 22 April 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan dashboard komuniti (My Soal) dan memberi tunjuk ajar bagaimana cara membuat aduan atau bertanyakan soalan kepada pihak PBT. Selain itu, tujuan kelas diadakan adalah bagi menarik minat para peserta untuk berkunjung ke PI Kampung Gedong serta mengikuti aktiviti dan kelas yang akan diajurkan oleh PI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan ICT para peserta terutamanya para peserta daripada golongan istimewa. Menambah keyakinan dan kemahiran para peserta dalam menggunakan peralatan teknologi seperti computer. Mengisi masa peserta dengan perkara yang berfaedah dan menambah pengetahuan peserta mengenai asas teknologi maklumat dan komunikasi.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan Dashboard Komuniti. Petugas memberi penerangan berkenaan My Soal serta fungsinya. Selain itu, peserta juga diajar menggunakan dashboard komuniti (My Soal) dan diberi penerangan mengenai aduan dan cadangan kepada Pihak PBT. Peserta dibimbing oleh petugas PI serta guru yang mengiringi para peserta yang mengikuti kelas. Para peserta diperkenalkan dengan laman web youtube dan pencarian video daripada youtube. Akhir sekali, aktiviti sampingan para peserta ialah menonton tayangan video secara percuma bagi menarik minat para peserta PPKI.