Laporan Mei – Microsoft Office Word (Menaip Surat Rasmi) & Multimedia (Images)
Tarikh |
: 3 Mei 2019 |
Masa |
: 9.00 – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 Orang |
Tujuan
Mempromosikan Pi Kampung Gedong serta menambah keahlian PI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya. Peserta mempelajari cara membuat suntingan gambar di dalam internet untuk dimasukkan ke dalam Word. Mengetahui cara mengedit gambar dan mencantikkan lagi gambar supaya nampak lebih menarik.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut buku modul pembelajaran yang diberi. Aktiviti sampingan iaitu mempelajari tentang Gambar iaitu cara membuat suntingan imej.