Laporan Mei – Advokasi KDB (Hak & Tanggungjawab Warga Digital & E-Learning: Coloring Pages)
Tarikh |
: 9 Mei 2019 |
Masa |
: 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 4 Orang |
Tujuan
Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dengan mengadakan latihan mewarna secara atas talian. Meningkatkan pengetahuan asas ICT para peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong. Mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI sedia ada. Memberi kesedaran tentang hak dan tanggungjawab sebagai warga digital.
Aktiviti
Peserta diberi pendedahan mengenai coloring pages serta fungsinya. Peserta dipandu cara menggunakan software tersebut. Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan. Peserta menyaksikan tayangan video KDB dan slaid pembentangan yang disyorkan oleh SKMM. Peserta diberi maklumat berkenaan isu-isu semasa dan peranan mereka sebagai warga digital dalam membanteras jenayah siber yang kian berleluasa.