Laporan Mei – Advokasi KDB (Teknologi dan Anda) & E-Learning: Latihan Menaip Pantas Secara Online
Tarikh |
: 10 Mei 2019 |
Masa |
: 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 4 Orang |
Tujuan
Mempertingkatkan kemahiran penggunaan internet dan mengenali perkakasan komputer. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam menaip pantas secara online. Membentuk pelajar agar lebih berdaya saing dengan kepantasan menaip mengikut masa yang ditetapkan. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi pengetahuan ICT kepada peserta tentang teknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan tayangan video berkaitan teknologi kepada peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Peserta diberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer dan mengenali komponen yang terdapat dalam komputer. Peserta diberi penerangan bagaimana membuka laman web menaip pantas untuk aktiviti sampingan. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Peserta menaip mengikut tunjuk ajar daripada petugas dan bimbingan daripada guru pengiring.