Laporan Mei – Advokasi KDB (Online Grooming: Kenalan Siber) & E-Learning: Latihan Keusahawanan: Business Card (Publisher)
Tarikh |
: 11 Mei 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 4.30 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 Orang |
Tujuan
Kelas ICT ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Publisher kepada para belia. Selain itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan asas penggunaan MS Publisher secara terperinci. Objektif utama kelas ini juga adalah membimbing dan membantu mereka supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet supaya tidak terdedah bahaya internet.
Aktiviti
Secara teori, para peserta telah diajar dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Publisher. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan di dalam Ms Publisher serta fungsinya. Secara keseluruhannya, para belia dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini. Para peserta dapat menghasilkan kad nama sendiri untuk perniagaan secara kecil-kecilan yang mereka ceburi. Tayangan Video KDB dan penerangan daripada petugas berkenaan KDB, membantu mereka berfikir dengan bijak ketika menggunakan internet.