Tarikh

: 22 Mei 2019

Masa

: 8.00 pagi -11.00 pagi

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Kelas ICT pada kali ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran tentang Microsoft Office Power Point khususnya Pelajar PPKI/OKU. Asas kemahiran yang diperkenalkan ini dapat diterapkan dalam penggunaan komputer pada masa kini. Membantu para pelajar menguasai dengan lebih baik penggunaan Microsoft Office Power Point dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas penggunaan MS Office Power Point secara mendalam dan terperinci sekaligus dapat membimbing dan membantu mereka sehingga mahir. Memberi pengetahuan keselamatan internet kepada para peserta terutamanya kes yang berlaku baru-baru ini seorang remaja mengalami "depression" ataupun tekanan emosi sehingga dia meminta nasihat orang samada dia perlu hidup ataupun mati melalui undian. Ramai yang mengundi mati "die" sehingga dia membuat keputusan mengejutkan membunuh diri. Jadi, petugas menasihati peserta supaya berfikir dengan lebih rasional dan berhati-hati terutamanya menggunakan laman sosial. Berfikir secara bijak sebelum membuat sesuatu keputusan.

 

Aktiviti

Para peserta diajar mengenai asas pengenalan Microsoft Office Power Point secara teori dan praktikal. Secara teori, Para peserta telah di ajar mengenai setiap komponen-komponen yang terdapat dalam MS Power Point dan mereka perlu memahami setiap komponen dan fungsi tersebut. Para pelajar juga dapat menerokai setiap penggunaan di dalam Microsoft Office Power Point. Seterusnya, secara paraktikal, para pelajar diajar cara-cara membuat slaid pembentangan berkenaan diri mereka. Petugas memberi arahan dan bimbingan kepada peserta membuat slaid. Para peserta mempelajari bagaimana menukar tulisan, menukar saiz tulisan, memasukkan gambar yang diambil dari internet, menukar template design supaya nampak lebih menarik. Para peserta diberi penerangan KDB oleh Petugas PI Kampung Gedong tentang Instagram dan kesannya kepada seseorang individu sekiranya salah guna media sosial. Petugas menasihati peserta supaya tidak menerima pendapat daripada orang luar, sebaiknya berbincang dengan keluarga sekiranya ada masalah kerana dikhuatiri akan mencederakan diri sendiri.

 

Gambar Di Sini